Agar-agar Oreo dan Bidadari Dari Timur


Salam buat semua.

Alhamdulillah..setelah sekian lama, penyakit MALAS Mama kini semakin berkurangan dan Mama kembali menyerikan dapur kesayangan Mama...
Dan semalam semasa Mama membelek-belek blog sahabat kepada sahabat Mama..yang kini berada di Kuwait..Mama terliur melihat Agar-agar Oreo. Memandangkan stok Oreo Mama sentiasa ada [Balqees suka sangat dengan Oreo], Mama pun sambar resepi dari blog Aymy[Minta maaf ye tuan blog dan terima kasih...].

Apa yang ditulis oleh tuan blog..agar-agar ni akan jd 2 lapis dgn sendirinya...but Mama punya..x jd pulak mcm tu..hhehheh..Namun..hasilnya tak mengecewakan Mama..... Alhamdulillah...walaupun x jadik dua lapis...tapi..memang sedappp....Mama gunakan susu pekat dan milo instead of susu segar dan serbuk koko...so..Mama kurangkan sikit susunya...sebab milo dah manis...dan yang paling memeranjatkan Mama..Balqees mengadap agar-agar ni sampai 4 cup sekaligus..dan hari ini sibuk nak bawak ke sekolah....[dia x suka agar-agar dan benda2 yang lembik2] dan bekalannya habisss...kawan-kawan kata suruh Mama buat lagi..hehehehe.

Bila agar-agar dah sejuk...Mama pun layan agar-agar ni sambil membaca buku yg baru Mama beli dari bukuonline2u bertajuk Bidadari Dari Timur..ilham dan cerita dari isteri Tuan Guru Nik Aziz. Pada Mama..buku ni setakat ok ajelah..coz ayat terlalu berbunga-bunga dan lambat nak sampai maksud..gaya penceritaan terlalu puitis. Mama lebih berminat pada autobiografi daripada novel sebegini...erm..whatever pun...Mama adalah peminat setia no 1 pada isteri Tuan Guru ni...air muka dia bersih Masya Allah...

Oklah..nak relaks2 with my dearest kids sambil tengok Playhouse Disney ni..heheh..layanlah gambar agar-agar dan buku Mama.....




yang hitam-hitam tu Oreo yang bergumpal..x mo hancur...hehehe



Tengah Rajin....
iGLoo MaMa
Shah Alam

Kids with their DOUGH !!

Salam to all...

Well..Alhamdulillah..Balqees is getting better and Haarith is recovering from his gums problem. Yesterday, they asked for a 'tanah liat' to play with. And actually Mama dont like the smell of 'tanah liat' at all...so..Mama came up with the idea of D.O.U.G.H. Pagi-pagi lagi Mama dah prepare kan doh untuk Balqees dan Haarith dan syarat-syarat untuk bermain..

Syarat yang pertama ialah mission untuk Balqees makan 4 keping bsikut marrie dan Haarith makan 2 mangkuk Spaghetti with Mushroom Soup. Dan Syarat yang kedua ialah MAKAN UBAT. Alhamdulillah..semuanya menurut perintah sebab awal-awal lagi Mama dah tunjukkan doh yang Mama buat tu..hehehe..taktik untuk dia org makan breakfast dan makan ubat.

Dan aktiviti seterusnya..ialah..bermain dan bermain....penuh dining hall dengan tepung..its ok..asalkan kids have FUN











Tepung Sana Sini...
iGLoo MaMa
Shah Alam

TAG from Azlin Mohamad

Salam buat semua..


Again...tagging game...this time came from my former English Classmate in IIUM...Azlin Mohamad.....Thanks Lin


1. Letakkan gambar pasangan anda yang paling macho/mengancam



This pic taken on 6th July 2008. The day that Baba officially left us for his job at Riyadh. Sebenarnya Baba sedih..but not to get Mama crying all the day..Baba tersengih jek sepanjang perjalanan ke KLIA...control macho Ba...


2. Letakkan gambar anda bersama keluarga/pasangan anda yang paling anda suka tengok








Semua gambar di atas adalah gambar yang Mama suka sangat tengok..sebenarnya x banyak gambar Mama dan Baba berdua..sebab malu lah nak mintak in law amik gambar..heheheh


3. Letakkan apa-apa gambar yg mencuit hati dan tulang rusuk anda.



Fuhh..Mama dan Baba tersengih...bukan sebab nak amik gambar tau..sebabnya kami keletihan mendaki bukit tu..konon-kononnya nak tengok sekitar Cameron Highland dari atas..

So Lin....dah setel dah ur tag..Watch out for Mama's tag soon......

Suka Makan TickTack
iGLoo MaMa
Shah Alam

Wajarkah?


Salam buat semua....

Hari ini serba tak kena dan sebenarnya sudah tiga hari Mama rasakan sebegitu. Semua keputusan yang Mama lakukan seakan tidak rasional dan beremosi. Tambahan dengan kesihatan Balqees, Haarith dan Aiman yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Kelam kabut dan sedikit berserabut..dan ada time yang Mama terlupa nak bagi ubat. Forgive your Mama my kids...dan mungkin juga kerana tekanan yang Mama sendiri tak tahu dari mana datangnya...production susu untuk Aiman pun semakin merudum...

Dan untuk hari ni Mama banyak melawati laman-laman web perihal keluarga untuk melepaskan tekanan yang bersarang di kepala. Dalam salah satu lama web ada menyarankan supaya wanita yang sedang berat menaggung tekanan ni mengunjungi SPA. Tapi..Mama rasa saranan ini sungguh TIDAK sesuai untuk Mama. Mana lah Mama nak letak 3 little army Mama ni...

Selain daripada itu, ada juga yang menyarankan DINNER FOR 2. Meaning..pegi dinner HANYA dgn suami/isteri masing-masing. Children are not allowed. Opsss...yang ni pun tak boleh Mama lakukan..tapi saranan ini telah membuat Mama berfikir panjang.

WAJARKAH?

Tinggalkan anak-anak sebentar untuk ibu bapa bermesra-mesraan...pegi dinner ke..pegi jalan-jalan ke...atau second honeymoon.

Ermmm.mungkin bukan untuk Mama dan Baba. Walaupun banyak kajian yang membuktikan cara ini adalah yang terbaik untuk menyemarakkan rasa cinta dan mendalamkan rasa sayang terhadap pasangan..namun MUNGKIN TIDAK bagi Mama dan Baba....kami akan bertambah tak keruan jika anak-anak tidak bersama.....

Bagaimana pendapat readers? WAJARKAH???



Not in GooD MooD,
iGLoo MaMa
Shah Alam

TAG from Cik Natt

Salam to all..
Mama being tagged..from one of BumbleBEE fan....

1. What is the most important thing in your life?
Kids, Hubby and Car. My life would be empty witout kids, lonely without hubby and meaningless without my AER4874. Luv u all so much!

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Tudung from Baitul Hijab..eh..tu duit hubby..sat2..Yaa...Sembonia Handbag, couple of days before Raya last year..hehehehe..yg lain semua duit hubby...ermm..abang..nak mesin jahit boleh???

3. Where do you wish to get married?
Dah kawin dah....8 years ago....

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Forever..insya Allah

5. Are you in love?
Always..mcm baru jumpa pertama kali..aduiiiii..sentiasa jatuh chenta!!

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Pizza Hut Delivery..kids nak makan pizza..Mama yg bedal 2 kotak..hahahahah

7. Name the latest book that you bought?
Ladybird series...for kids...

8. What is your full name?
AiDa ZaIrInA iShAk
A-aminah my nenek's name, I-Ishak my ayah's name and D-Dagang..my atok's name.. ZAI-zaiton..my nenek sedara yg kawinkan ayah dgn mak.. and the rest..sebagai ajinomoto untuk menyedapkan nama...heheheh

9. Do you prefer your mother or father?
Both and my in law too

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Alamak...My luvly hubby laa..bila balik m'sia...sentiasa first time maaa...

11. Christina or Britney?
Yuna..

12. Do you do your own laundry?
Of course..not only mine..

13. The most exciting place you want to go?
Riyadh...coz my hubby is overthere..dunno exciting or not...heheheh

14. Hugs or kisses?
Can i have both and a lot?

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
1.Miss Nat
2.Name : just NATRAH
3.Suke BumbleBEE..heheheh
4.Interior designer..
5.Minat Saujana...

Cik Natt..betul ke? Amik dari blog awak ni..hehehe

16. 3 things I am passionate about
1.Breastfeeding
2.Bisnes
3.Baby/Kids Things...

17. 3 things I say too often
1.JANGAN!! esp to my kids
2.NO!! to my kids too
3.Kan Mama dah cakap... owh to my kids again...

18. Book I’ve read recently
Ladybird Series : Things Around Us..read with Balqees, Haarith and Aiman.

19. 8 songs I could listen to over and over again
Apa-apa jek yg kuar kat radio IKIM tu...

20. 3 things I learned last year
1.being INDEPENDENT
2.Blogging
3.Online Shopping...

21. 8 people to tag
1.Hubby
2.IlaRazali
3.Azlin Mohamad
4.Sheffa Marzuki
5.Adikku Ghazali
6.Adikku Faiz
7.Kak Lina Proton
8.Followers and Readers...

Tagged with rENsPoNsiBIliTiES,
iGLoo MaMa
Shah Alam

AWARD FROM ILA...



Salam buat semua...

Lihatlah dunia...inilah award pertama Mama sejak pandai memblogging ni....heheh..seronok gak bila ada orang yang appreciate apa yang telah Mama lakukan selama ini..Thanks so much Ila..
So..untuk memenuhi terma dan syarat penerima award, Mama jugak harus bagi award yang sama pada 8 orang/blog yang Mama suke...
"Penerima award adalah:-
1. iGLoo Tots : Walaupun meng'award' diri sendiri..tetapi di blog inilah Mama mendapat ramai kawan [customers] dan juga moral support. For Baba..thanks coz bagi modal..heheh
2. My Luvly Hubby : Jarang di update, namun bila di update..hati Mama selalunya akan tersentuh. Jauhnya Baba demi mencari rezeki..insya Allah..by end of this year segalanya berubah.
3. Arzalila Razali : Oh..Mama bagi award balik ke orang yang meng'award' Mama..Betul lah Ila..nostalgia betul masa kelas Mrktg Mgmt tu...penuh kertas A4 dengan cerita yang ntah apa2..hehehe..anyway thanks for the compliment..U did a good job too...
4. Maratussolehah : This is the place where Mama bought a socks. Abayas and Jubahs so damn nice!! Keep up Kak Nora..selamat membuka butik. Mama respek betul dgn pemilik blog ni...dia dah ada tukang jahit sendiri di Saudi untuk memenuhi keperluan Abaya di Malaysia..
5. Adik : Sure lama tak ber'update' coz dia gi PLKN...tapi dia ni lah yang banyak tolong Mama dalam urusan blog memblog ni...template untuk blog Mama ni pun dia jugak yang tolong upkan...semoga sukses...
6. Cik Natt : Suka baca cerita dia..terbukak blog dia sebab dia buat free promotion untuk iGLoo ToTs dalam blog dia..peminat setia kumpulan saujana dan seorang interior designer.."
Ini lah dulu award buat masa ni...x de blog lain yg terlintas dalam kepala Mama ni...
Membesar Sebagai Johan,
iGLoo MaMa
Shah Alam


4.4.2009 ~ 19.4.2009 Part 2

Salam to all,
Gambar-gambar yang dijanjikan....sorilah lambat skit..bz tahap melampau..hehehe















































Hap'pening'!!
iGLoo MaMa
Shah Alam

4.4.2009 ~ 19.4.2009 Part 1

Salam buat semua…

Masa berlalu terlalu pantas….tak terkejar.
Baba sudah pun terbang kembali ke bumi Saudi dan Mama kembali bersendiri dengan anak-anak. Sedih dan bertambah sebak kerana melihatkan Aiman yang baru nak mengenal bau Babanya terpaksa bepisah untuk 2-3 bulan akan datang. Balqees dan Haarith pula Baba terpaksa tinggalkan tatkala baru pandai nak bercerita dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Dan Mama juga ditinggalkan dengan KAIN BAJU yang menimbun tak berlipat..heheheheh [berjalan punya pasal..tak de masa nak lipat kain].
Namun Alhamdulillah. Syukur Mama panjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana memberi kesempatan untuk Balqees, Haarith dan Aiman bertemu mata dengan Babanya. Anak-anak kami terpaksa berkorban perasaan dan kerinduan dengan menjadi anak-anak maya di hadapan komputer untuk berbual dan bercerita dengan Baba. Tentunya satu benda yang sangat-sangat Mama RESPECT dengan mereka. Kesabaran dan passion dia orang terhadap laluan kehidupan yang Baba dan Mama pilih tidak melunturkan semangat mereka untuk terus menjadi KANAK-KANAK. Mama sendiri sebenarnya tidak sekuat mereka. Namun, Alhamdulillah..kerana kekuatan yang mereka ada, Mama mampu menahan kesedihan dan kesunyian yang melanda. Setiap yang berlaku ada rahmat di sebaliknya, Insya Allah.
Next post Insya Allah, Mama akan masukkan gambar-gambar yang sempat di snap dalam tempoh 2 minggu lepas….Right now Mama would like to sit down and clear the ‘Hill of Clothes’..daaaa

Missed Me, Abang?
iGLoo MaMa
Shah Alam

E.S.O.K

' Ok Da...insya Allah Abang sampai pukul 11 pagi di KLIA esok. Flight dari Bahrain ke M'sia delay 2 jam..'

' Ok..Insya Allah semuanya selamat. Kalau Da sampai awal..Da masuk parking.'




Salam buat semua...

Dialog di atas adalah perbualan Mama bersama Baba sebelum Baba menaiki pesawat hari ini untuk pulang ke Malaysia.
Tak ada perkataan lain yang mampu Mama luahkan selain Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana memberi peluang sekali lagi untuk Baba pulang menjengah orang-orang tersayang di Malaysia.
Dan...hari ini adalah hari yg paling bz buat Mama. Alhamdulillah..semua parcel dah Mama postkan semalam. Dan beberapa customer pun dah sms Mama yang mereka dah terima parcel yang dihantar dan sangat BERPUAS HATI..
Kain nak dilipat, digosok separuhnya dan settlekan serba sedikit house chores yang tergendala beberapa hari..heheh..bila Baba nak balik..baru nak clearkan kain ye..biasalah...
So, buat pembaca setia blog Mama ni..doakan yang kami selamat bertemu esok di KLIA..insya Allah...

Masih BZ Lipat Kain,
iGLoo MaMa
Shah Alam