Salam buat semua....
Sedar tak sedar, sudah seminggu suami tersayang bertugas di Riyadh. Pengurusan hidup kami menjadi semakin teratur dan tersusun sedikit demi sedikit, Alhamdulillah. Tetapi Balqees dan Haarith mungkin sudah terasa akan ketiadaan Babanya. Si kakak sibuk merancang pelbagai aktiviti dan barang yang dia ingin Babanya beli yang akhirnya aku juga terpaksa turutkan. Si adik pula sibuk memanggil Baba suruh pulang. Suatu malam Haarith mengamuk dan menangis-nangis mengajak ku keluar membeli aiskrim. Aku katakan padanya yang malam-malam tak boleh keluar, dan berjanji esok selepas pulang kerja aku bawanya membeli aiskrim. Tetapi, anak sebesar Haarith mana makan saman...dan dia terus mengamuk. Kami puas memujuknya dan dia pun menjerit 'Baba baliklah!!!!'. Aku pun terkedu mendengar jeritannya. Anak ini rindu akan Babanya barangkali. Hati aku pula yang sayu...
Teringat aku cerita waktu aku bersalinkan Haarith. Waktu tu suamiku masih bertugas dengan SME Bank dan di posting ke Tawau, Sabah. Sakit perutku bermula selepas solat Asar. Waktu tu aku di tempat kerja. Setelah merasakan diri seperti tak akan kerja esok hari,aku pun mengajak kawanku ke kantin, menghabiskan kupon dan membeli kuih2 untuk berbuka puasa hari itu. Ku khabarkan pada kawanku yang aku macam sakt perut. Tetapi dia macam endah tak endah mungkin menyangka aku berlawak. Aku diamkan sahaja. Sampai waktu habis kerja, aku pindahkan semua kerja2 aku ke boss dan penggantiku melalui email dan aku pun pulanglah ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku khabarkan pada ibu mentua yang aku rasa sakit perut. Dia memegang kakiku dan dia kata mungkin sudah sampai masanya sebab kakiku sejuk. Aku pun membuat keputusan untuk ke DEMC sebaik sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib. Ku pinta ibu mentuaku menjaga Balqees dan dia setuju. Setelah selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, aku memandu kereta ke DEMC. Aku berdoa biarlah sakitku ini bertahan sehingga aku sampai ke hoaspital. Tak tahu bagaimana kalau2 sakitku bertambah teruk di pertengahan jalan dan tak mampu untuk memandu, Ish..Ya Allah, jauhkanlah, doaku. Aku tetap memandu dalam keadaan biasa, Alhamdulillah aku sampai di DEMC dengan selamat. Aku terus ke wad bersalin dan aku di tempatkan di waiting room pada malam itu.
Suamiku hanya akan menaiki flight pada keesokkan harinya. Yang peliknya, tak pula aku rasa sakit sepanjang malam. Aku mintak nurse belikan aku makan malam dan aku enjoy malam tu sambil menonton TV. Entah bila aku terlena pun aku tidak perasan. Sedar2 je dah pukul 6 pagi bila aku terdengar azan subuh dr Masjid Negeri. Aku pun menyiapkan diri sebelum doktorku masuk memeriksa aku pada pukul 7 pg nnt. Ada seorang nurse memberitahuku yang parking keretaku patut di bayar sebelum kena saman, so aku pun bergegas2 membersihkan diri dan turun membayar parking. Aku sempat lagi mengalihkan parking kereta dan membeli mainan untuk Balqees di 7-11. Selesai semuanya, aku naik semula ke waiting room.
Doktor mengatakan dia akan masukkan aku ke labor room bila tiba masanya. Lama lagi katanya. Tiba2 pintu bilikku di ketuk dan ku lihat 2 orang teman sekerjaku datang melawatku dan membawakan sarapan pagi. Heheeheh geli hatiku bila orang yang berpuasa membelikan makanan untuk org yang tidak berpuasa. Dalam setengah jam kemudian dia org pun pulang. Aku menerima panggilan suamiku yang dia sudah pun di boarding room, Tawau Airport. Dia menyuruh baby yang di dalam perut sabar menunggu ketibaannya.
Jam sudah menunjukkan pukul satu dan doktor pun dah induce aku sebab aku stil rasa sakit yang ringan dan waterbag tak pecah lagi. So, aku pun di hantar ke labor room. Keadaan seperti tadi juga. Hanya sakit ringan aje yang menemani aku. Suamiku menelefon dan mengatakan dia sudah tiba di LCCT dan sedang menunggu limo untuk ke DEMC. Aku pinta dia berhati2 dan mendoakan aku yang keseorangan di labor room ni. Selesai aje meletak telefon, perut ku sudah merasakan kontraksi yang pendek dan di kala itu aku tahu, masanya akan datang bila-bila.
Dalam setengah jam aku menahan sakit seorang diri, aku terdengar suara suamiku bertanyakan nurse di mana bilikku dan serentak dengan itu doktor mengatakan yang aku akan bersalin pada bila masa2. Dia masuk berjumpa dengan ku dan meminta kebenaran nak solat Zuhur. Setelah selesai solat Zuhur, dia kembali duduk di sisiku menunggu ketibaan orang baru. Dalam masa sepuluh minit orang yang dinanti pun menjenguk dunia ini. Alhamdulillah...memang dia nak tunggu Babanya juga, doktor berkata.
Jadi, bolehlah aku buat kesimpulan yang Haarith ni memang rapat dengan Babanyahehehe....
Dengan ini aku juga aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir ke tiga buat puteri kesayangan kami, Balqees Hashim yang jatuh pada 31 Julai baru2 ini. Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kakak yang baik kepada adik2....Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)