Hari Pertama Minggu Keempat

Salam buat semua....
Dah nak masuk sebulan suamiku bertugas di Riyadh. Aku semakin mahir menguruskan kehidupan aku di sini bersama-sama anak-anak dan ibu mentua. Alhamdulillah..berkat doa yang tak putus-putus akhirnya membuahkan hasil yang semakin manis dari hari ke hari.
Tetapi sebagai manusia biasa, aku juga tak terlepas dari kecuaian, walaupun benda yang kita lakukan tu, hari-hari kita buat. Contohnya? Hah...jom baca cerita aku....
Hari ni aku bangun sedikit lewat. Tak ingat nak set alarm kat handphone. 6.30 pagi baru tersedar. Selesai tunaikan solat Subuh, aku kembali semula ke katil, hajatnya nak menyambung tidur. Tapi, Leftenan Jeneral Haarith dah sedar..nampaknya hajat tadi terpaksalah dibatalkan. Melayan anak lebih utama dari mata yang mengantuk fikir ku kembali. Dengan mata yang masih separuh buka, aku melayan kerenah si kecil ini, tetapi apabila dia sebut ' Ye ye nak jalan' terus mataku terbukak segar.
Aku bertanya kepada Haarith ' Siapa kata nak jalan?'
Dia senyum sambil mengangkat tangan. Macam dia tahu aje hari ni hari Sabtu....
Setelah semua isi rumah bangun, aku pun beritahu nak keluar pukul sepuluh nnt. Aku memang suka keluar waktu kedai baru-baru buka sebab parking masih banyak dan orang pun masih tak berapa ramai lagi. Jadi...kami pun bersiap-siap untuk ke Subang Parade. Aku, Balqees, Haarith dan maid dah siap, tapi mak mentua x bersiap lagi..so, aku bertanyalah pada dia..rupanya mak mentuaku sakit pinggang, katanya tak larat nak berjalan jauh-jauh dan dia nak berehat. Kalaulah ku tahu dari awal dia x mahu pergi, lebih baik duduk saja di rumah. Dek kerana budak-budak dah bersiap, terpaksa jugalah aku meninggalkan dia sekejap.
Dalam perjalanan, fikiran ligat memikirkan mak mentua yang keseorangan di rumah. Risau ada, bersalah pun ada. Kalaulah jadi apa-apa, tentu aku yang dipersalahkan. Tapi aku tekad, keluar sekejap ajelah.
Sesampai di Subang Parade, askar-askarku dah sibuk nak keluar jalan..tak menyempat...nak keluar pintu pun berebut-rebut. Yelah, 5 hari terperap dalam rumah, seronok dapat keluar sekali seminggu. Heheheheheh. Aku pun menyiapkan barang-barang dan buggy untuk Haarith. Hari ini Balqees ku suruh berjalan, biar dia exercise sikit. Dah sampai di Lobby Subang Parade, aku perasan orang di hadapanku memegang kinci keretanya. Lalu aku teringat akan kunci kereta sendiri. Mana agaknya aku letak, seolah-olah tak ada ingatan berkenaan kunci kereta sendiri. Aku selongkar beg tangan dan poket seluar jubahku. Ah...tak ada. Aku bertanya pada maid, dia pun kata dia tak nampak aku bawa. Aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kereta. Doaku biarlah kalau tertinggal, duduknya di dalam kereta, bukan di luar. Alhamdulillah, kunci itu masih terletak di starter. Aku bersyukur. Sekarang time untuk aku fikir pulak macam mana nak bukak pintu kereta nnt. Alhamdulillah, mungkin sifat semulajadi, membuatkan aku mampu untuk mengawal perasaan daripada panik. Maid aku dah sibuk suruh mintak tolong. Aku kata..
'Sabar, I.Allah, Allah tolong.'
Aku pun kembali ke dalam subang parade dan menuju ke kedai makan. Lapar. Ku pesan roti bakar, nasi lemak dan kopi o untuk sarapan pagi. Setelah pesanan sampai aku pun makan seperti biasa. Selesai makan, aku mencapai telefon dan menelefon talian hayat yang pertama ; abang iparku.
Dia bertanya sama ada aku ada kunci spare tak?
Aku kata ' Tak ada '
Dia suruh aku jalan2 dulu sementara dia carikan jalan macam mana nak menolong aku.
Aku pun cuba talian hayatku yang kedua ; Head of Main Plant Painting, En. Rizal. Dalam planning, kita mesti ada back up plan.
'Kau kat mana sekarang?' dia bertanya
'Kat Subang Parade'
'Kalau kat Proton, sekarang jugak aku hantar budak aku' dia jawab
'Kalau saya kat Proton, tak payah saya call encik, saya tanya je budak2 kat Foreman Center tu' aku balas balik
'OK..kau tunggu sekejap'
Alhamdulillah, aku ditakdirkan bekerja di Proton dan merencanakan pengeluaran harian untuk Proton. Jadi, aku kenallah seorang dua yang boleh memberikan pertolongan.
Selang 5 minit. Abang iparku membalas panggilan
'Kalau WIRA abe li x tau macam mana nak bukak..sebab WIRA payah skit. Tapi nnt abe li carikkan cara lain' ujar abang iparku, seorang engineer sebelum dia meletakkan telefon.
Selang beberapa saat, En. Rizal pula membalas panggilan.
'Kau pergi ke kedai kunci kat bawah tu. Mintak dia org tolong buka pintu saja. Selalunya dia org expert. Cuma upah tu kau pandai-pandailah bargain. Budak aku boleh, tapi sekarang dia tgh kerja. Pukul satu ok. Kalau orang kedai kunci tu tak boleh buat, by pukul satu kau contact aku.' dia memberi cadangan sebelum meletakkan telefon.
Dalam hati, aku pun bacalah doa2 apa yang patut untuk memudahkan aku mendapat bantuan. Pada suami telah aku khabarkan, dan Alhamdulillah, dia tak memarahi aku atas kecuaian aku.
Sementara menunggu kedai kunci yang buka pada pukul 12 tgh hari, aku pun berjalan-jalan. Hajatnya nak membeli sedikit pakaian untuk anak-anak, tapi Balqees pula sakit perut nak membuang air besar. Jadi, kami terus menuju ke Baby's Room dan membersihkan dia. Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, aku menuju ke Butik Mothercare. Banyak juga pilihan baju yang menarik minatku. Sedang leka memilih baju untuk Balqees, telefon ku berdering lagi.
' Oh abe li'
'Macam mana Aida?' dia bertanya kepadaku.
'Aida ke kedai kunci, tapi dia bukak pukul 12, nnt pukul 12 br Aida pergi balik, I.Allah'
'OK. Ada satu cara lain lagi...' katanya yang menarik minat aku.
'Apa dia?'
'Pecahkan cermin tiga segi tingkap belakang tu'
'Oh..ye ke?'
'Pilihan terakhirlah....' abang iparku kata.
'OK...' aku membalas..
'Nanti pergi tanya dulu tukang kunci tu. Kalau tak boleh, abe li datang tolong pecahkan cermin tiga segi tu.'
'OK...i.Allah, tima kasih abe li...' kata ku sebelum mengakhiri perbualan.
Terus hilang mood aku untuk membeli baju tadi. Dalam hati aku berkata..Parah jugak kes aku ni...Tak pe, I.Allah..Allah tolong aku, permudahkan segalanya, Amin.... aku berdoa.
Aku pun berlegar-legar di Lobby Subang Parade tu. Hidung ni terbau bau Big Apple Doughnut yang enak itu. Tapi apabila melihatkan queue yang begitu panjang, aku batalkan niat aku. Balqees dan Haarith pun macam tak kisah aje bau donut tu. So, aku pun ambil keputusan teruskan berlegar-legar.
Suka betul si Haarith bila dapat berlari-lari...penat jugaklah aku mengejar. Sambil tu, aku kerling jam di tangan. 5 minit lagi pukul 12. Aku pun startlah bergerak ke kedai kunci tu perlahan-lahan. Sampai aje dia situ, diaorang pun br bukak kedai. Aku bertanya pada salah seorang pekerja kat situ sama ada dia boleh tolong aku tak.
'Kami ada pakar' dia kata.
'Oh ye ke, Alhamdulillah..' aku membalas.
'Tapi pakar tu cuti pulak hari ni'
'Oh...tak pelah kalau macam tu.'
'Akak parking kat mana?' budak tu bertanya balik.
'Kat basement'
'Kalau macam tu, jom, saya tengok2kan.'
'Terima kasih' Alhamdulillah, mintak2lah budak ni boleh tolong aku. Aku dengar dia cakap ala-ala kelate, so aku pun trylah guna kepakaran kecek kelate aku ni..heheheh
Aku pun membawanya ke kereta, dan dia pun masukkan satu pembaris besi yang panjang di celah tingkap at driver's side. Berpeluh2 jugaklah aku tengok dia cuba mencari lock dalam pintu tu.
'Kalau orang curi kereta ni terrer kak.'
'Yelah, dah memang kerja dia.' Aku menjawab.
'Saya pun x tau sangat, tapi kita try aje deh...mana tau..'
'I.Allah' aku membalas.
Aku lihat Balqees dah pun terlelap atas buggynya. Haarith pula dah terlentuk atas bahu maid aku. Kesiannya kat budak2 ni..panas kat basement ni...Telefonku berbunyi lagi. Sekali lagi abang iparku.
'Macam mana Aida?' dia bertanya.
'Orang kunci ni tengah try.' aku jawab.
'OKlah kalu gitu. Kalu ada apa2, bagi tau.' dia membalas.
'I.Allah' Aku pun meletakkan telefon.
Selang beberapa saat, En.Rizal pula menelefon.
'Ha? Macam mana? dah setel?' dia bertanya.
'Org tengah try Boss,' aku menjawab.
'Ok, nnt contact aku kalau x setel lagi. Aku hantar budak aku.' dia berkata.
'I.Allah' aku membalas dan meletakkan telefon.
Selesai je aku bercakap dengan En. Rizal, aku dengar satu bunyi yang aku kenal...
'TUPP' Aku lihat lock kereta aku dah naik.
'Ok kak, setel....' budak tu kata.
'Alhamdulillah....terima kasih banyak2...' Allah makbulkan doa aku. Serentak dengan tu aku pun menghulurkan wang
RM50 tanda terima kasih dan syukurku.
'Eh kak...banyak sangat ni, saya ikhlas tolong akak ni' dia kata
'Tak apa, belanjalah kawan2 kat kedai tu makan.' aku berkata.
'Terima kasih banyak ye kak...'
'Sama-sama..' aku membalas. Kesian aku lihatnya..berpeluh-peluh.
Setelah segala kelengkapan anak2ku di masukkan ke dalam kereta, aku pun menelefon abang iparku, tapi panggilan ku x diangkat. Aku pun menghantar sms mengatakan segalanya dah selesai dan ucapan terima kasih ku titipkan sekali.
Selesai sms dihantar, telefon ku berbunyi.
'Hah..macam mana? Nak aku hantar budak2 aku ke?' En Rizal dihujung talian.
'Dah Boss...terima kasih..' aku membalas.
'OK. Alhamdulillah. Hah..nnt tinggalkan lagi kunci tu..' dia berkata. Aku hanya ketawa kecil mendengar kata2nya.
Aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Semua yang aku plan, tak menjadi kerana kecuaian aku sendiri.......

Hari pertama di minggu ketiga...

Salam untuk semua....
Mesti tertanya-tanya kenapa title yang saya letak tu macam pelik sikit....sebenarnya hari ini adalah hari pertama untuk minggu ketiga kami anak beranak duduk kat sini tanpa lelaki yang kami kasihi di sisi. Setelah 2 minggu Hashim ditugaskan ke luar negara - Riyadh, Arab Saudi, saya berasa sedikit letih.Mungkin masih baru dan masih terkial-kial untuk saya menyesuaikan diri dalam semua keadaan yang dahulunya dilakukan oleh Hashim. Selain itu, mungkin keadaan kandungan saya yang dah mula membesar menyebabkan saya sedikit keletihan. Sementelah dengan gelagat dan ragam askar-askar di rumah yang tak pernah duduk diam. Namun, saya menganggapnya sebagai satu cabaran hidup yang bukan senang orang lain hendak merasainya.
Hari yang awal paginya ditamu dengan hujan yang begitu lebat, membuatkan saya terasa malas hendak bangun. Tapi, memandangkan keadaan saya yang tidak menentu ini, saya terpaksa gagahkan diri untuk bangun, kalau tidak tentu hari ini saya akan pening sehingga ke malam..[biasalah..keadaan org mengandung ni pelik sikit]. Saya pun capai telefon saya dan saya catatkan apa yang perlu saya lakukan untuk minggu ini.
'Banyaknya..' getus hati saya...
Tetapi itu semua perlu saya selesaikan dalam masa terdekat. Bukan hanya cabaran suami di tempatkan di luar negara, saya perlu berhadapan dengan cabaran untuk menduduki rumah yang kami beli pada akhir bulan Ogos nanti, InsyaAllah. Semua urusan telah dipindah milik ke bahu saya dan saya perlu buktikan yang saya mampu menggalas amanah tersebut.
Sebenarnya apa yang ingin saya rumuskan bukanlah betapa beratnya tanggungjawab saya, namun kemampuan seorang wanita dan seorang ibu. Saya dapat rasakan adanya tahap kemampuan ke atas 2 watak ini. Seorang wanita sama ada bersuami atau tidak, akan hanya memikirkan tentang perihal dirinya ditinggalkan atau meninggalkan. Tapi untuk seorang ibu, kemampuannya bukan hanya terletak pada dirinya, tetapi juga anak2nya. Bayangkan berapa orang yang perlu dijaga pada masa yang sama? Jadi..untuk saya letakkan diri saya sebagai penerima ujian adalah tidak betul kerana saya adalah penerima cabaran!!!!!