Salam untuk semua....
Mesti tertanya-tanya kenapa title yang saya letak tu macam pelik sikit....sebenarnya hari ini adalah hari pertama untuk minggu ketiga kami anak beranak duduk kat sini tanpa lelaki yang kami kasihi di sisi. Setelah 2 minggu Hashim ditugaskan ke luar negara - Riyadh, Arab Saudi, saya berasa sedikit letih.Mungkin masih baru dan masih terkial-kial untuk saya menyesuaikan diri dalam semua keadaan yang dahulunya dilakukan oleh Hashim. Selain itu, mungkin keadaan kandungan saya yang dah mula membesar menyebabkan saya sedikit keletihan. Sementelah dengan gelagat dan ragam askar-askar di rumah yang tak pernah duduk diam. Namun, saya menganggapnya sebagai satu cabaran hidup yang bukan senang orang lain hendak merasainya.
Hari yang awal paginya ditamu dengan hujan yang begitu lebat, membuatkan saya terasa malas hendak bangun. Tapi, memandangkan keadaan saya yang tidak menentu ini, saya terpaksa gagahkan diri untuk bangun, kalau tidak tentu hari ini saya akan pening sehingga ke malam..[biasalah..keadaan org mengandung ni pelik sikit]. Saya pun capai telefon saya dan saya catatkan apa yang perlu saya lakukan untuk minggu ini.
'Banyaknya..' getus hati saya...
Tetapi itu semua perlu saya selesaikan dalam masa terdekat. Bukan hanya cabaran suami di tempatkan di luar negara, saya perlu berhadapan dengan cabaran untuk menduduki rumah yang kami beli pada akhir bulan Ogos nanti, InsyaAllah. Semua urusan telah dipindah milik ke bahu saya dan saya perlu buktikan yang saya mampu menggalas amanah tersebut.
Sebenarnya apa yang ingin saya rumuskan bukanlah betapa beratnya tanggungjawab saya, namun kemampuan seorang wanita dan seorang ibu. Saya dapat rasakan adanya tahap kemampuan ke atas 2 watak ini. Seorang wanita sama ada bersuami atau tidak, akan hanya memikirkan tentang perihal dirinya ditinggalkan atau meninggalkan. Tapi untuk seorang ibu, kemampuannya bukan hanya terletak pada dirinya, tetapi juga anak2nya. Bayangkan berapa orang yang perlu dijaga pada masa yang sama? Jadi..untuk saya letakkan diri saya sebagai penerima ujian adalah tidak betul kerana saya adalah penerima cabaran!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment