DUIT.....

Salam buat semua..

Hati aku tergerak untuk menulis setelah lama bidang penulisan ini aku tinggalkan. Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri membaca sebuah artikel berkenaan harta menguji keimanan manusia. Hati berasa sedikit tersentuh apabila membaca artikel tesebut. Mengenangkan suami yang jauh di perantauan demi mencari rezeki menambahkan sebak di dada.

Aku tak berapa arif dalam bab-bab agama dan untuk mengelakkan aku menulis benda-benda yang bertentangan, cukuplah rasanya aku memberi pandangan aku mengenai peranan harta dalam membesarkan anak-anak. Aku pilih topik ini hanya sebagai agenda untuk memartabatkan diri sendiri untuk menjadi ibu yang lebih baik dan dinamik dalam mendidik dan membesarkan permata-permata hatiku. Terus terang aku katakan, harta yang paling berharga dalam hidupku adalah suami, anak-anakku dan kedua ibu bapaku. Mesti ramai yang mengatakan aku hipokrit dalam pernyataan seperti itu. Tapi, itulah hakikatnya. Setelah beberapa tahun aku menjawat jawatan di sebuah syarikat yang terkenal, aku masih belum mampu mengumpul harta dan menjaga kewanganku dengan begitu baik. Tetapi, apa yang pasti, suami, anak-anak dan ibu bapaku sentiasa ada semasa aku di dalam kesusahan. Daripada situlah, pelbagai cerita dan rentetan kehidupan mengajar aku akan erti harta yang tak ternilai dalam hidup aku sebagai isteri, ibu dan anak.
Harta yang kini menjadi titik tolak manusia di zaman sekarang. Dengan adanya harta, manusia rasa mereka mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa, mewah dan bukan sekadar cukup makan. Dan tanpa kita sedar, tatkala kita sedang sibuk berkejaran dengan bermacam-macam punca harta, sebenarnya kita 'ter'abaikan langkah anak-anak kita sendiri. Dan banyak pandangan ibu bapa masa kini megambil langkah penyediaan harta atau bahasa ringkasnya 'duit' dapat menambat langkah anak-anak mereka.

"Membesarkan anak-anak zaman sekarang memerlukan banyak duit, kalau tak, tak menjadi" itu salah satu daripada pendapat ibu-ibu moden. Aku tak menyalahkan ibu ini berkata sedemikian, cuma mungkin sedikit tidak bersetuju dengan pendapatnya. Persoalan menjadi atau tidak bukan bergantung pada duit, tetapi pada diri kita sendiri dalam mencorakkan lukisan hidup anak-anak kita. Dan kalau kita leka dengan mencari duit sehinggakan anak-anak terpaksa menjadi tebusannya, kita sememangnya silap.

Dengan duit kita mampu membesarkan anak-anak dengan lebih baik, bukan bermakna tak ada duit, anak-anak tak mampu dibesarkan dengan baik.....

Fikir-fikirkanlah.....


MaMa iGLoo
Shah Alam