Eid Saeed,
'Termenung ku sendiri
Mengenang rindu tidak menentu
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menunggu dengan jiwa resah'
Itu antara bait-bait lirik lagu Pulanglah nyanyian Aisyah yang telah aku ubah sedikit untuk kesesuaian tema. Sungguh, masa telah menjangkau 4 bulan, rindu kami pada suami dan baba anak2 ku telah menebal.
Sebagai isteri, aku tak mungkin mampu gembira berhari raya tanpa suami di sisi. Tetapi sebagai mama, aku kena menggembirakan anak2 ku yang baru tahu erti keseronokan raya, terutamanya apabila menerima sampul2 berisi duit.
Pada mulanya aku khabarkan pada suami yang aku rasa macam tak mahu ke mana2 pada cuti raya tahun ini. Aku mahu berehat dan bersantai bersama2 anak2. Tapi apabila mengenangkan ayah ku yang sekarang ini sedang sakit, lebih baik untuk aku pulang ke kampung ku di Segamat untuk berhari raya bersama keluarga ku. Lagipun melihatkan anak2 yang sibuk nak berhari raya, kesian pulak kalau aku mengurungkan diri di rumah.
Aku pun membuat persiapan yang serba sederhana untuk anak2 dan diriku. Semuanya last minute, sehari sebelum aku bertolak ke Segamat. Dan Alhamdulillah, segalanya selesai dengan begitu baik dan aku dan anak2 pun selamat dalam perjalanan kami pergi dan balik.
Untuk abang yang jauh di mata, terimalah bingkisan Eid dari kami bertiga:-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment