Salam Buat Semua...
Pernah tak satu hari kita balik rumah dan ada orang buat kejutan yang tak kita sangka-sangka? Hemm....kalau yang baik..tak pe juga..tapi..kalau yang x berapa baik..hemmm..tu yang risau.
Sebenarnya..sejak Mama memegang jawatan 'surirumah selama setahun' ni..Mama x pernah ketinggalan menonton rancangan DEKO BERSAMA ERIC..setiap hari pukul 7.30 pagi di Astro Ria. Kalau rasa mengantuk pun..Mama akan kuatkan semangat untuk menyengkang mata ni dan membuka TV. Mama x dapat nak menonton rancangan baru..cukuplah untuk menonton siaran ulangan.
Ada 2 sebab utama kenapa Mama suka tengok rancangan tu.
Pertama
Kerana mengumpul idea dalam menghias dalaman rumah. Biarpun tak dapat nak mengikuti kekreatifan Eric Leong dalam dekonya, cukuplah untuk Mama mempelajari sedikit sebanyak tentang lampu, cat, perabot, perhiasan dan langsir/fabric. Seronok bila dapat lihat ruang yang dahulunya x berapa meriah, menjadi cantik dek sentuhan kreatif si botak itu [ sehinggakan Haarith akan bangun dan turut serta Mama menonton 'cerita botak' heheheh].
Kedua
Elemen kejutan yang ditonjolkan. Most of the episode, Suami akan memberi kejutan untuk Isteri dengan meminta Eric mengubah ruangan2 tertentu seperti ruang tamu, ruang makan, dapur atau bilik tidur. Kenapa? Adakah kerana Suami mahu memberi satu hadiah yang terbaik pernah mereka berikan? Ataupun sebenarnya sebagai petunjuk untuk Isteri sentiasa peka dalam menguruskan rumahtangga? Kedua2 sebab mempunyai kemungkinan yang tersendiri. Kalau dilihat, ruangan yang dicantikkan oleh Eric, sebelumnya confirm bersepah dan x cantik..walaupun kadangkala perabot yang sedia ada memang berkualiti dan cantik. Adakah para Suami sakit mata tengok keadaan rumah yang lintang pukang ataupun para Suami kesiankan Isteri yang tak ada masa untuk buat housekeeping? Heheheh..renung2 kan lah...satu Malaysia tengok rumah kita..heheheh.
Sebenarnya..kalau nak cerita pasal Surprise ni..Mama suka akan kejutan..[tapi yang baik2...]. Antara kejutan yang pernah Mama terima ialah hadiah beg tangan dari Baba pada birthday Mama yang ke 25. Heeeheheheh.....pastu..hemm? hemmm..? jap...pikir..hemmm?............
Surprise!!!
iGLoo MaMa
Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment