12 Hari Lagi, Cincin dan Perkahwinan...

Salam untuk semua..

DEMAM...dan sungguh TAK LARAT..itulah yang Mama rasa sekarang dan mungkin sepanjang hari ini, Ahad : 22 Mac 2009. Namun...perasaan untuk menulis tetap ada sebab dah 2 hari, banyak cerita nak Mama ceritakan di sini..namun tak berkesempatan.

Untuk menjimat tenaga yang semakin lemah ini...Mama gabung kan 3 cerita dalam satu post..sekadar untuk berkongsi KEGEMBIRAAN di kala DEMAM datang menjengah....

12 Hari Lagi..
Insya Allah..Baba akan pulang. Alhamdulillah..kalau tak ada aral yang melintang, tanggal 4 April 2009, Mama, Balqees, Haarith, Aiman dan Sitti akan menjemput Baba di KLIA. Baba dijadualkan akan tiba dengan penerbangan Gulf Air lebih kurang pukul 10 pagi..Insya Allah.



GEMBIRA? Sudah tentu Mama gembira mendengar khabar baik tersebut. Suami,Baba pada anak2, Anak Lelaki Bongsu kepada Sitti dan Menantu Tunggal Lelaki kepada Ayah dan Mak akan pulang menjengah walaupun hanya 2 minggu..

Cincin..
Mama diberi penghormatan oleh keluarga untuk menyimpan Cincin peninggalan arwah Pak Ngah yang sepatutnya disarungkan ke jari bakal suri hidup arwah. Cerita lama dan Pak Ngah pun dah tak ada..Namun, Cincin tersebut masih seperti baru dan kini menghiasi jari manis Mama..
Kepada sesiapa yang membaca post ini..Mama minta sedekahkan arwah Pak Ngah Mama Al-Fatihah kerana Pak Ngah tidak mempunyai anak-anak...masih bujang bila ajal memanggil..Al-Fatihah.

Perkahwinan..
Selamat Pengantin Baru untuk :-

FAIZA HANI ADNAN & Pasangan [ Best Friend Mama masa di sekolah dulu ]

Qoute to Ani
"Maaf lah Ani..aku tak dapat pergi kenduri ko tempoh hari...Doa aku sentiasa memgiringi ko dalam menempuhi kehidupan seterusnya, Insya Allah. Berikan Keluarga hanya yang TERBAIK!! "


MEGAT MUHD AMRI & Pasangan [ Officemate ]

Qoute to Megat
"So sorry..tak dapat nak pergi ke kenduri kahwin Megat. Selamat menempuh alam rumahtangga dan semoga berbahagia..Insya Allah"



Demam Happy?
iGLoo MaMa
Shah Alam

1 comment:

Ila Razali said...

balik trus ke baba tu? mmm hanya org yang cekal dan terpilih Allah je mampu dok berjauhan dgn yg tersayang. Mmmm salute oo sama ko!!!