4.4.2009 ~ 19.4.2009 Part 1

Salam buat semua…

Masa berlalu terlalu pantas….tak terkejar.
Baba sudah pun terbang kembali ke bumi Saudi dan Mama kembali bersendiri dengan anak-anak. Sedih dan bertambah sebak kerana melihatkan Aiman yang baru nak mengenal bau Babanya terpaksa bepisah untuk 2-3 bulan akan datang. Balqees dan Haarith pula Baba terpaksa tinggalkan tatkala baru pandai nak bercerita dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Dan Mama juga ditinggalkan dengan KAIN BAJU yang menimbun tak berlipat..heheheheh [berjalan punya pasal..tak de masa nak lipat kain].
Namun Alhamdulillah. Syukur Mama panjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana memberi kesempatan untuk Balqees, Haarith dan Aiman bertemu mata dengan Babanya. Anak-anak kami terpaksa berkorban perasaan dan kerinduan dengan menjadi anak-anak maya di hadapan komputer untuk berbual dan bercerita dengan Baba. Tentunya satu benda yang sangat-sangat Mama RESPECT dengan mereka. Kesabaran dan passion dia orang terhadap laluan kehidupan yang Baba dan Mama pilih tidak melunturkan semangat mereka untuk terus menjadi KANAK-KANAK. Mama sendiri sebenarnya tidak sekuat mereka. Namun, Alhamdulillah..kerana kekuatan yang mereka ada, Mama mampu menahan kesedihan dan kesunyian yang melanda. Setiap yang berlaku ada rahmat di sebaliknya, Insya Allah.
Next post Insya Allah, Mama akan masukkan gambar-gambar yang sempat di snap dalam tempoh 2 minggu lepas….Right now Mama would like to sit down and clear the ‘Hill of Clothes’..daaaa

Missed Me, Abang?
iGLoo MaMa
Shah Alam

2 comments:

Hasic Food Supplies said...

ni yg sedih baca ni

Ila Razali said...

aku rasa sedih laa .... bait2 ayat ko tu buai perasaan aku btul. mungkin pasal kita serupa (anak 3)...!! jd aku amat faham kondisi ko mcm ner. tak dpt aku bygkan kalau aku. ntah laaa....

moral of the story, mmg kawe ni wanitabesi yg tulen laaa!!