SATU AYAH , SEORANG SUAMI

Insan yg bernama lelaki
Kuat, sasa dan bersemangat waja
Penat lelah malam dan siang
Tak kira masa, lelaki ini bekerja
Satu Ayah, Seorang Suami

Anak dan isteri di rumah menanti
Pulangnya lelaki membawa rezeki
Walaupun tak mewah namun mencukupi
Apa yang penting, saling memahami
Satu Ayah, Seorang Suami

Aku lahir kerana adanya Ayah
Walau pun Mak yg merasakan sakit
Aku berijazah kerana adanya Ayah
Walaupun Mak yg menemani belajar
Aku berkahwin dgn izin Ayah
Walaupun Mak yang paling sibuk
Tiada yang lain aku perlu
Hanya SATU AYAH

Aku bahagia bersama Suami
Walaupun Suami jauh di mata
Aku tenang di pelukan Suami
Walaupun jarang aku mendakapi
Aku kuat kerana Suami
Kerana dia jauh mencari rezeki
Tiada yang lain aku perlu
Hanya SEORANG SUAMI

Aku mahu jadi sempurna
Di depan 2 pasang mata
Bernama LELAKI
Aku mahu jadi
Serikandi di dalam 2 hati
Bernama LELAKI
Semoga aku juga
Dihormati dan disayangi
Oleh LELAKI yang pernah kulahirkan…..

SATU AYAH, SEORANG SUAMI.



Happy Fathers' Day
iGLoo MaMa
Shah Alam

No comments: