Kenapa Ramai Nak KAYA??


Salam untuk semua....
Apabila membaca pendapat peribadi suami di dalam blognya, http://hshiyuti.blogspot.com/ aku teringat perihal teman-teman sepejabat dan segelintir ahli keluarga yang bertanya berapa agaknya pendapatan suamiku apabila ku khabarkan yang suamiku bakal di tugaskan di Riyadh. Pada mulanya hanya senyum dan bahu yang ku angkat menjadi jawapan. Tetapi biasalah, lagi lebar senyuman ku dan lagi kuat henjutan bahuku, lagi kuatlah pertanyaan orang.
Akhirnya, aku bersuara juga bagi meredakan kegelisahan 'orang2' tentang pendapatan suamiku. Ku katakan, secara logiknya kalau sanggup kerja jauh2 tentulah bayarannya lumayan. Aku ingatkan apabila kuberikan jawapan sedemikian, tutuplah kaunter pertanyaan buatku, namun...sangkaanku meleset. Pelbagai soalan pula yang timbul daripada jawapan ku yang tadi.
Tetapi ada satu ayat dari teman sepejabat yang menarik minatku untuk tersenyum dengan lebih lebar...'Wahh..lepas ni KAYAlah kau ye..'



ciptaan Allah Yang Maha Kaya


Betul ke aku akan jadi KAYA sebab suamiku bekerja di luar negara? Hemm..definasi KAYA yang pelbagai dan subjektif membuatkan aku terfikir, KAYA dari segi apa? Dan serentak dengan itu aku terfikir akan ujian Allah yang datang ini adakah untuk menjadikan aku sekeluarga KAYA?

Tak ku nafikan, persoalan KAYA membuatkan aku berangan-angan untuk memiliki pelbagai barangan idamanku selama ini hanya tersimpan kemas dalam kotak imaginasi. Tentu suamiku tak teragak-agak untuk membelikan segala keinginanku memandang pendapatan yang diteriamanya mungkin lumayan. Namun, angan2 ku dikejutkan dengan perpisahan yang bakal aku dan anak2 tempuhi untuk sekian waktu. Persoalan KAYA tak lagi menggangu lenaku untuk minggu2 terakhir sebelum suamiku berangkat ke Saudi. Mimpi indah sering dikejutkan dengan perasaan sedih yang kasihan akan anak2 yang selama ini memang manja dengan Babanya.


'Rumah' Balqees

Ujian Allah dalam kehidupan kita selalunya tak kita perasan. Kemewahan banglo, keselesaan kereta adalah antara ujian-ujian yang Allah berikan untuk menilai sejauh mana manusia ini mensyukuri nikmat keKAYAan yang Allah beri. Dan pada keKAYAan yang di beri, kadang2 kita tak sedar akan keputusan ujian kita itu menjadi bual pujian dan cerca nista orang sekeliling kita. Oleh itu, fikirkanlah sendiri akan matlamat sebuah kehidupan yang ingin kita bentuk dalam merealisasikan istilah keKAYAan ke dalam kantung KESYUKURAN dan KEBERKATAN. Berikan anak2 dan isteri/suami dengan hanya rezeki yang halal bukan dengan harta 'segera' yang kita kejar untuk cepat KAYA.




'Kereta-kereta' Haarith



2 comments:

Hshiyuti said...

kekayaan sebenar adalah memperolehi keredhaan Allah dalamapa jua yang dilakukan...

igloomama said...

Quote hshiyuti said:-
kekayaan sebenar adalah memperolehi keredhaan Allah dalamapa jua yang dilakukan...

refer to puisi 'Salah Menduga' http://drmaza.com/