TAJUK...?

Salam buat semua..

Alhamdulillah..aku diberi peluang dan kepercayaan oleh suami tersayang untuk memulakan perniagaan sendiri, InsyaAllah. Pelbagai jenis perniagaan kami cuba list kan untuk diceburi dan akhirnya kami bersepakat untuk meneruskan usaha kami ke arah parenting boutique and enrichment center.


Untuk permulaan aku diminta untuk menyediakan kertas kerja untuk rancangan kami ini. Dan akhirnya kami bersepakat untuk menganjurkan satu half day parenting course bertujuan untuk memberi peluang kepada ibubapa mengutip pengalaman dan berkongsi idea dalam merealisasikan istilah BAITI JANNATI sekaligus memperkenalkan perniagaan kami.

Program kursus kami ini akan mempunyai 3 slot iaitu:-

- One Hour Talk
Slot ceramah yang mana akan memakan masa hanya satu jam. Di dalam ceramah ini, pelbagai
isu keibubapaan akan dikupas oleh moderator yang dipilih.

- Mama kreatif, Papa inovatif
Untuk slot ini, pasangan akan diberikan bahan-bahan serta alatan untuk mereka satu
permainan atau gadjet yang mampu merangsang minda/pertumbuhan positif anak-anak
mereka.

- Sesi Meja Bulat
Sesi soal jawab dan pendapat yang akan dilakukan dalam bulatan. Ini memberi peluang
untuk setiap pertanyaan dan pendapat didengari oleh semua peserta dan dapat membina
keyakinan yang lebih untuk berhadapan dengan maslaah mendatang.

Wahhh..macam menarik..tapi aku ada satu masalah besar. Apa masalahnya? Hemmm...aku masih tak mampu nak fikirkan tajuk yang sesuai untuk One Hour Talk tu......TOLONGLAH DAKU......
MaMa iGLoo
Shah Alam

No comments: