Salam buat semua.. Lama rasanya Mama tak menulis dalam blog ni...sampaikan password sign in pun Mama dah lupa...hehehehe... Kesibukan menguruskan hal ehwal rumahtangga sementelah dengan urusan persekolahan Balqees minggu lepas membuatkan Mama tak de masa nak menulis dan memikirkan apa yang perlu ditulis. Biasalah, sebenarnya dah lama Mama tak buat kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2 selama 24 jam. Sebelum ini, tugas Mama digalas bersama Baba serta dibantu oleh ibu mentua dan maid. Tapi untuk kesekian kalinya, Mama harus melakukan semua kerja dari A sampai Z dengan hanya ibu mentua sebagai pemerhati. Ya, anak2 yang kian membesar membuatkan Mama pada mulanya tak berapa faham bagaimana hendak bekerjasama dengan mereka. Sangkakan apabila kemahuan mereka dipenuhi, maka si kecil yang br lahir ni tak lah diganggu. Tapi jangkaan Mama meleset. Keaktifan dan kesungguhan mereka 'membuli' Mama nampaknya x ada surut malah makin 'pasang'. Hehehehhehe..ternyata matematik Mama selama ini tersalah campur tolaknya. So, mulai hari ini Mama telah menggunakan kaedah baru dalam menangani 'kesungguhan' mereka. Bila menjadi..nnt Mama ceritakan apa kaedah terbaru itu. Hehehe. By the way, terlupa pula Mama nak bercerita mengenai hari pertama Balqees di sekolah. Mama dan Baba bersepakat untuk menghantar Balqees ke sekolah tahun ini. Walaupun umur dia baru 4 tahun, tapi Mama dan Baba rasakan dia patut ke sekolah dengan tujuan menaikkan keyakinan diri, rasa tanggungjawab dan membuang sikit sikap manja dia tu. Oleh itu, kami mendaftarkan dia di Genius Aulad, satu tadika yang memang dari dulu Mama dan Baba impikan untuk menghantar anak2. Alhamdulillah..setelah segala urusan pendaftaran selesai, 2 Februari hari tu adalah hari pertama Balqees ke sekolah. Nak tau tak..yang excited nak ke sekolah, bukan setakat Balqees, tapi Haarith. Sampaikan Mama x dapat nak mengambil gambar Balqees di kelasnya kerana Haarith mengamuk nak turut sama kakaknya di dalam kelas. Hehehe..dan kerana peristiwa itu juga semua teacher di Genius Aulad Kota Kemuning mengenali Haarith. Kira macam glamer jugak le. Hehehehe. Ok lah..Mama nak solat Asar dan bawa Balqees, Haarith, Aiman dan nenek mereka jalan-jalan sekejap....
Luv,
iGLoo MaMa
Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment