Pak Ngah dalam kenangan.....

Sebelum mata terlena,
Di buaian malam gelita,
Tafakur ku di pembaringan,
Mengenangkan nasib diri,
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa,
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti…

Itu adalah bait-bait lirik sebuah nasyid yang Mama minat semasa menuntut di UIA dulu.

Salam buat semua…
Dua hari lepas, Mama dikejutkan dengan berita penderitaan salah seorang bapa saudara Mama – Pak Ngah [ masih lagi bujang ]. Dia diserang sakit perut yang teramat sangat setelah lebih 2 minggu menahan sakit yang sesekali menjengah. Kerana tak sanggup melihat kesakitannya, adik Mama membawanya ke klinik dengan segera. Khabar dari doktor bertugas amat memeranjatkan. Hasil tilikan melalui X-Ray, Pak Ngah di serang radang usus dan ianya kian parah. Pak Ngah yang pada mulanya tak mahu menjalani pemeriksaan di klinik mahupun hospital, akhirnya mengalah untuk di tempatkan di wad pada malam itu juga berikutan keadaan dia yang semakin serius. Berbekalkan cerita bonda, Mama dapat tahu yang perut Pak Ngah kian membesar akibat angin yang tidak dapat keluar dari tubuhnya. Kesian Mama mendengarnya. Tak dapat Mama membayangkan kesakitan yang sedang Pak Ngah lalui. Hanya doa yang dapat Mama kirimkan buat Pak Ngah semoga kesakitannya dapat dikurangkan dan penyakitnya cepat sembuh.
Malam kelmarin, Pak Ngah telah selamat dibedah kerana ususnya telah pecah. Mama tak pasti prosedur apa yang Pak Ngah lalui tapi pembedahannya memakan masa 6-7 jam. Namun apa yang menyedihkan, sejak semalam Pak Ngah masih lagi koma setelah dia mengalami komplikasi pernafasan, beberapa jam selepas pembedahan Dan kini, Pak Ngah telah pergi mengahadap Ilahi dan Mama tak dapat nak menziarahi arwah yang banyak berjasa pada Mama… Rasa ralat dan sedih….
Al-Fatihah buat Allahyarham Ali bin Dagang, Pak Ngah tersayang….




sedih,
MaMa iGLoo
Shah Alam

No comments: