Salam buat semua....
Hari ini serba tak kena dan sebenarnya sudah tiga hari Mama rasakan sebegitu. Semua keputusan yang Mama lakukan seakan tidak rasional dan beremosi. Tambahan dengan kesihatan Balqees, Haarith dan Aiman yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Kelam kabut dan sedikit berserabut..dan ada time yang Mama terlupa nak bagi ubat. Forgive your Mama my kids...dan mungkin juga kerana tekanan yang Mama sendiri tak tahu dari mana datangnya...production susu untuk Aiman pun semakin merudum...
Dan untuk hari ni Mama banyak melawati laman-laman web perihal keluarga untuk melepaskan tekanan yang bersarang di kepala. Dalam salah satu lama web ada menyarankan supaya wanita yang sedang berat menaggung tekanan ni mengunjungi SPA. Tapi..Mama rasa saranan ini sungguh TIDAK sesuai untuk Mama. Mana lah Mama nak letak 3 little army Mama ni...
Selain daripada itu, ada juga yang menyarankan DINNER FOR 2. Meaning..pegi dinner HANYA dgn suami/isteri masing-masing. Children are not allowed. Opsss...yang ni pun tak boleh Mama lakukan..tapi saranan ini telah membuat Mama berfikir panjang.
WAJARKAH?
Tinggalkan anak-anak sebentar untuk ibu bapa bermesra-mesraan...pegi dinner ke..pegi jalan-jalan ke...atau second honeymoon.
Ermmm.mungkin bukan untuk Mama dan Baba. Walaupun banyak kajian yang membuktikan cara ini adalah yang terbaik untuk menyemarakkan rasa cinta dan mendalamkan rasa sayang terhadap pasangan..namun MUNGKIN TIDAK bagi Mama dan Baba....kami akan bertambah tak keruan jika anak-anak tidak bersama.....
Bagaimana pendapat readers? WAJARKAH???
Not in GooD MooD,
iGLoo MaMa
Shah Alam
No comments:
Post a Comment