1 Mac - Hari Lahir Ayah

‘ Anakku, Aida Zairina…sungguh ke Aida menerima Hashim Ahmad Shiyuti sebagai suami Aida? ‘
‘ Iyye Ayah… ‘
‘ Anakku Aida Zairina…kini ayah menyerahkan wali hakim kepada Tuan Haji untuk menikahkan Aida dengan bakal suami…. ‘
Mama menundukkan pandangan dengan genangan penuh air di mata tatkala Ayah menyerahkan wali hakim kepada Qadhi Besar Segamat. Itulah titik nokhtah tanggungjawab seorang ayah terhadap anak perempuannya.
Kini..setelah 7 tahun 5 bulan Mama mendirikan rumahtangga bersama Baba..Ayah tidak sesihat dulu. Ayah sudah tidak mampu untuk bergerak tanpa bantuan dan Ayah juga sudah jarang mejengah cucu-cucunya di sini. Kalau Ayah masih mampu memandu, sudah tentu dua minggu sekali Ayah dan Mak akan datang menjengah cucu-cucu permata hati. Kini, hanya telefon pengubat rindu antara Aki dan cucu-cucunya.
1 Mac merupakan hari lahir Ayah dan 1 Mac 2009 akan menggenapkan usia Ayah kepada 63 tahun....



Bingkisan Hari Lahir Buat Ayahanda….
[buat insan yang ku panggil AYAH]

29 tahun yang lalu
Aida masih kecil untuk
Mengenal
Mengerti
Memahami
Akan
Kesusahan
Permasalahan
Ketidakcukupan
Yang sentiasa menerjah ruang fikiran Ayah..

Ayah besarkan Aida
Dengan segala
Kebaikan
Keadilan
Kesempurnaan
Yang tak ada tolok bandingnya

Saat Ayah serahkan segala tanggungjawab
Kepada menantu Ayah,
Hanya tangisan, sedu sedan yang Aida mampu luahkan
21 tahun Ayah menyinari hidup Aida dengan kasih sayang
Di hari itu Ayah terangi pula hidup Aida dgn kebahagian berkeluarga….

Setahun ke setahun menginjak..
Aida semakin dewasa dan Ayah semakin tua…
Begitulah putaran hidup
Kini Aida pula rasa, apa yang Ayah rasa..
Membesarkan anak-anak tanpa kira tenaga
Tiba masa untuk memberi apa yang telah Aida terima
Kasih sayang
Hormat
Keberkatan

Walaupun kini Ayah dah tak sihat seperti dulu..
Namun..
Ketahuilah Ayah..
Aida tetap sayangkan Ayah
Tunjuk ajar ayah..
Senyum tawa ayah..
Akan sentiasa menjadi penyuluh kehidupan…
Jasa Ayah..tak terbalas.....
SELAMAT HARI LAHIR AYAH!!!!!

gEtTing OLdeR..
iGLoo MaMa
Shah Alam

LATEST!!! Plain Baby Swaddler with Piping

Salam Buat Semua
Dear Parents-to-be,
Produk terbaru iGLoo..Plain Baby Swaddler with Piping. You may customize the fabric and piping colors. Harga promosi...RM13/pc [original price : RM15/pc]. Price stated is exclusive delivery charge. Email Mama thru hasxairina@yahoo.com for further info and quotation.

Bedung Baby - PP01



Colors available : Light pink, light green, Blue and White.
Piping Colors : Upon request.
This product is made upon order. Please give us at least one week after payment has been made.









LuV,
iGLoo MaMa
Shah Alam

Baby Swaddlers [Bedung Baby]

Salam Buat Semua

Jamu mata anda dengan koleksi bedung baby iGLoo yang terbaru.....
Kami menawarkan harga promosi RM10 untuk sehelai - tidak termasuk delivery charge [harga biasa : RM12]. Stok terhad dan harga promosi sah sehingga 15/3/2009 sahaja!!!!!
Bagi sesiapa yang berminat..hantar email ke hasxairina@yahoo.com untuk proses seterusnya..
Untuk belian borong, sila request quotation melalui hasxairina@yahoo.com

Bedung Baby - B03


Nursing Kurung [ Baju Kurung Menyusu ]

Salam Buat Semua..

Alhamdulillah...akhirnya..Nursing Kurung atau Baju Kurung Menyusu telah sedia untuk ditempah. Kini, nursing mums tak payah nak angkat baju kurung anda untuk menyusukan anak. Zip sorok yang dijahit di kiri dan kanan pesak baju memudahkan nursing mums especially bila terpaksa breastfeed kan baby di khalayak ramai atau di tempat yang tidak menyediakan sudut penyusuan ibu. Zip sorok ni memang x nampak kecuali anda yang memberitahu yang anda sedang mengenakan Nursing Kurung.
Tempahan dibuka untuk para ibu sekelian. RM80 untuk sepasang baju kurung atau baju kurung pahang. Harga yang berpatutan untuk kemudahan para ibu sekaligus dapat melaram dengan baju kurung terbaru.....

Nursing Kurung - BK01



Kurung Pahang - KP01



Email Mama untuk keterangan lanjut di hasxairina@yahoo.com

Selamat Bergaya walaupun anda sedang memenuhi tuntutan penyusuan.......

Happy,
iGLoo MaMa
Shah Alam

BLOG IS UNDER MAINTENANCE...

Sorry For Any Inconvenience Caused

Regret.
iGLoo MaMa
Shah Alam.

Elemen Surprise a.k.a Kejutan dalam Rumahtangga

Salam Buat Semua...

Pernah tak satu hari kita balik rumah dan ada orang buat kejutan yang tak kita sangka-sangka? Hemm....kalau yang baik..tak pe juga..tapi..kalau yang x berapa baik..hemmm..tu yang risau.
Sebenarnya..sejak Mama memegang jawatan 'surirumah selama setahun' ni..Mama x pernah ketinggalan menonton rancangan DEKO BERSAMA ERIC..setiap hari pukul 7.30 pagi di Astro Ria. Kalau rasa mengantuk pun..Mama akan kuatkan semangat untuk menyengkang mata ni dan membuka TV. Mama x dapat nak menonton rancangan baru..cukuplah untuk menonton siaran ulangan.
Ada 2 sebab utama kenapa Mama suka tengok rancangan tu.
Pertama
Kerana mengumpul idea dalam menghias dalaman rumah. Biarpun tak dapat nak mengikuti kekreatifan Eric Leong dalam dekonya, cukuplah untuk Mama mempelajari sedikit sebanyak tentang lampu, cat, perabot, perhiasan dan langsir/fabric. Seronok bila dapat lihat ruang yang dahulunya x berapa meriah, menjadi cantik dek sentuhan kreatif si botak itu [ sehinggakan Haarith akan bangun dan turut serta Mama menonton 'cerita botak' heheheh].
Kedua
Elemen kejutan yang ditonjolkan. Most of the episode, Suami akan memberi kejutan untuk Isteri dengan meminta Eric mengubah ruangan2 tertentu seperti ruang tamu, ruang makan, dapur atau bilik tidur. Kenapa? Adakah kerana Suami mahu memberi satu hadiah yang terbaik pernah mereka berikan? Ataupun sebenarnya sebagai petunjuk untuk Isteri sentiasa peka dalam menguruskan rumahtangga? Kedua2 sebab mempunyai kemungkinan yang tersendiri. Kalau dilihat, ruangan yang dicantikkan oleh Eric, sebelumnya confirm bersepah dan x cantik..walaupun kadangkala perabot yang sedia ada memang berkualiti dan cantik. Adakah para Suami sakit mata tengok keadaan rumah yang lintang pukang ataupun para Suami kesiankan Isteri yang tak ada masa untuk buat housekeeping? Heheheh..renung2 kan lah...satu Malaysia tengok rumah kita..heheheh.
Sebenarnya..kalau nak cerita pasal Surprise ni..Mama suka akan kejutan..[tapi yang baik2...]. Antara kejutan yang pernah Mama terima ialah hadiah beg tangan dari Baba pada birthday Mama yang ke 25. Heeeheheheh.....pastu..hemm? hemmm..? jap...pikir..hemmm?............

Surprise!!!
iGLoo MaMa
Shah Alam.

PEMBERITAHUAN...

SALAM BUAT SEMUA

MEMANDANGKAN BLOG INI ADALAH CETUSAN RASA SEORANG MAMA DAN JUGA RUANGAN UNTUK BERBISNES, SEMUA PRODUK IGLOO AKAN DI ARCHIVEKAN DALAM LINK IGLOO BIZS. UNTUK PEMBACA/PEMBELI SILA KE LINK IGLOO BIZS DI SEBELAH KANAN BLOG INI DAN PILIH PRODUK MANA YANG DIKEHENDAKI ATAU BUAT PILIHAN DI RUANGAN IGLOO LABELS UNTUK KE BARANG2 YANG DIKEHENDAKI.

HARAP MAKLUM.

cheers,
iGLoo MaMa
Shah Alam

Bedung Baby [ Newborn Swaddling Blanket ]

Salam Buat Semua...

Alhamdulillah...akhirnya..produk sulung keluaran iGLoo ToTs sudah di depan mata...untuk bakal parents silalah menjamu mata anda dengan bedung baby dari iGLoo ToTs. Kain 100% cotton flannel lembut beraneka corak dan karektor, berukuran 90cm x 90cm dan jahitan kelim mesin di sekeliling kain dengan hanya rm10 untuk sehelai. Untuk promosi pengenalan...kami tawarkan paket 2 helai dengan hanya rm18!!!

Bedung Baby - B01






Bedung Baby - B02





Bedung ini juga terdapat dalam pelbagai color dan gambar. Selain daripada bedung, kain ini juga boleh dipelbagaikan seperti selimut atau tuala..kerana kainnya serap air dan tidak panas.
Bagi sesiapa yang berminat, email saya di hasxairina@yahoo.com atau tinggalkan email address di CBox dan saya akan menghantar quotation....

iGLoo ToTs
Shah Alam

Untuk Setahun..Selamat Tinggal PROTON..

Salam buat semua...

Sedih...terharu..gembira...bebas...adalah antara kata-kata yang mampu Mama keluarkan tatkala melangkah keluar dari Production Planning & Control Department, PROTON. Mama bagaikan tak percaya yang Mama mampu lakukan setelah 52 bulan bersama PROTON. Tempat yang banyak mengajar Mama erti susah senang merancang, melaksana, membatal, menambah, menukar dan segala2nya..serta tempat Mama mengerti istilah teamwork,socializing and reputations....Di PROTONlah Mama mula belajar membina keyakinan untuk menerima dan merealisasikan arahan dan juga kadangkala menahan telinga mendengar bebelan dan amarah..heeehhe..biasalah..manusia..ada salah, ada silap....
Semalam [12th Februari 2009] adalah tarikh secara rasminya kesemua perks yg PROTON berikan pada Mama ditarik untuk setahun berikutan keputusan Mama untuk bercuti tanpa gaji selama setahun...itu yang sedihnya..yelah..especially medical benefit yang PROTON bg memang berbaloi....
Yang terharu..ada di antara kawan2 yang terasa sedih bila dengar Mama nak cuti..nak buat macam mana..nak kensel...ermmm..tak mungkin...
Gembira pulak apabila dapat melihat anak-anak 24 jam yang selama ni Mama jumpa malam je...
Dan yang bebas tu...free from beban kerja yang kadang2 x tertanggung..heheehe [biasalah..kalau keje mmg mcm tu]
Mesti ada yang tertanya..kenapa Mama mengambil cuti panjang? Hem...sebenarnya ada 2 reason utama untuk soalan kenapa dan mengapa..
Pertama...
Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..Dah lama Baba bekerja di Riyadh dan Insya Allah, kalau ada rezeki..Mama dan anak-anak akan turut Baba di Riyadh setelah urusan iqamah [visa] selesai.
Kedua...
Menyusukan anak secara ekslusif adalah satu keperluan untuk anak sehingga umur 2 tahun. Sebelum ini Mama failed memenuhi tuntutan penyusuan badan, kali ni Mama bertekad untuk terus menyusukan Aiman..Insya Allah.
Semoga Allah memberkati keputusan Mama dan memberikan Mama semangat yang kuat dan jitu dalam membentuk diri Mama untuk menjadi MAMA yang lebih islamic. dinamik, berkualiti dan kreatif, Insya Allah....
Selamat Tinggal PROTON untuk setahun..semoga semua warga PROTON berdaya saing untuk sentiasa meletakkan PROTON di hati semua terutamanya MALAYSIAN......

Cheers,
MaMa iGLoo
Shah Alam.

Pak Ngah dalam kenangan.....

Sebelum mata terlena,
Di buaian malam gelita,
Tafakur ku di pembaringan,
Mengenangkan nasib diri,
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa,
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti…

Itu adalah bait-bait lirik sebuah nasyid yang Mama minat semasa menuntut di UIA dulu.

Salam buat semua…
Dua hari lepas, Mama dikejutkan dengan berita penderitaan salah seorang bapa saudara Mama – Pak Ngah [ masih lagi bujang ]. Dia diserang sakit perut yang teramat sangat setelah lebih 2 minggu menahan sakit yang sesekali menjengah. Kerana tak sanggup melihat kesakitannya, adik Mama membawanya ke klinik dengan segera. Khabar dari doktor bertugas amat memeranjatkan. Hasil tilikan melalui X-Ray, Pak Ngah di serang radang usus dan ianya kian parah. Pak Ngah yang pada mulanya tak mahu menjalani pemeriksaan di klinik mahupun hospital, akhirnya mengalah untuk di tempatkan di wad pada malam itu juga berikutan keadaan dia yang semakin serius. Berbekalkan cerita bonda, Mama dapat tahu yang perut Pak Ngah kian membesar akibat angin yang tidak dapat keluar dari tubuhnya. Kesian Mama mendengarnya. Tak dapat Mama membayangkan kesakitan yang sedang Pak Ngah lalui. Hanya doa yang dapat Mama kirimkan buat Pak Ngah semoga kesakitannya dapat dikurangkan dan penyakitnya cepat sembuh.
Malam kelmarin, Pak Ngah telah selamat dibedah kerana ususnya telah pecah. Mama tak pasti prosedur apa yang Pak Ngah lalui tapi pembedahannya memakan masa 6-7 jam. Namun apa yang menyedihkan, sejak semalam Pak Ngah masih lagi koma setelah dia mengalami komplikasi pernafasan, beberapa jam selepas pembedahan Dan kini, Pak Ngah telah pergi mengahadap Ilahi dan Mama tak dapat nak menziarahi arwah yang banyak berjasa pada Mama… Rasa ralat dan sedih….
Al-Fatihah buat Allahyarham Ali bin Dagang, Pak Ngah tersayang….




sedih,
MaMa iGLoo
Shah Alam

iGLoo Mama Kembali

Salam buat semua.. Lama rasanya Mama tak menulis dalam blog ni...sampaikan password sign in pun Mama dah lupa...hehehehe... Kesibukan menguruskan hal ehwal rumahtangga sementelah dengan urusan persekolahan Balqees minggu lepas membuatkan Mama tak de masa nak menulis dan memikirkan apa yang perlu ditulis. Biasalah, sebenarnya dah lama Mama tak buat kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2 selama 24 jam. Sebelum ini, tugas Mama digalas bersama Baba serta dibantu oleh ibu mentua dan maid. Tapi untuk kesekian kalinya, Mama harus melakukan semua kerja dari A sampai Z dengan hanya ibu mentua sebagai pemerhati. Ya, anak2 yang kian membesar membuatkan Mama pada mulanya tak berapa faham bagaimana hendak bekerjasama dengan mereka. Sangkakan apabila kemahuan mereka dipenuhi, maka si kecil yang br lahir ni tak lah diganggu. Tapi jangkaan Mama meleset. Keaktifan dan kesungguhan mereka 'membuli' Mama nampaknya x ada surut malah makin 'pasang'. Hehehehhehe..ternyata matematik Mama selama ini tersalah campur tolaknya. So, mulai hari ini Mama telah menggunakan kaedah baru dalam menangani 'kesungguhan' mereka. Bila menjadi..nnt Mama ceritakan apa kaedah terbaru itu. Hehehe. By the way, terlupa pula Mama nak bercerita mengenai hari pertama Balqees di sekolah. Mama dan Baba bersepakat untuk menghantar Balqees ke sekolah tahun ini. Walaupun umur dia baru 4 tahun, tapi Mama dan Baba rasakan dia patut ke sekolah dengan tujuan menaikkan keyakinan diri, rasa tanggungjawab dan membuang sikit sikap manja dia tu. Oleh itu, kami mendaftarkan dia di Genius Aulad, satu tadika yang memang dari dulu Mama dan Baba impikan untuk menghantar anak2. Alhamdulillah..setelah segala urusan pendaftaran selesai, 2 Februari hari tu adalah hari pertama Balqees ke sekolah. Nak tau tak..yang excited nak ke sekolah, bukan setakat Balqees, tapi Haarith. Sampaikan Mama x dapat nak mengambil gambar Balqees di kelasnya kerana Haarith mengamuk nak turut sama kakaknya di dalam kelas. Hehehe..dan kerana peristiwa itu juga semua teacher di Genius Aulad Kota Kemuning mengenali Haarith. Kira macam glamer jugak le. Hehehehe. Ok lah..Mama nak solat Asar dan bawa Balqees, Haarith, Aiman dan nenek mereka jalan-jalan sekejap....



Luv,
iGLoo MaMa
Shah Alam.